Jumat, 20 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Tentera Mesir Kepung Masjid Halang Protes

Tentera Mesir Kepung Masjid Halang Protes


PASUKAN Keselamatan Mesir dilaporkan telah mengepung sebuah masjid di Kaherah Kaherah yang dipenuhi penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi.

Para penyokong dipercayai sedang merancanng untuk mengadakan bantahan baru selepas beberapa pertempuran jalanan tercetus sehingga membunuh lebih 80 orang.

Tindakan kepungan itu dilakukan di Masjid Al-Fath selepas pertumpahan darah terus berlaku di seluruh Mesir dan telah mengorbankan 83 orang dan lebih 1,000 orang didakwa penyokong parti Morsi Ikhwanul Muslimin ditahan.

Konflik itu kini telah memecahbelahkan rakyat Mesir pada tahap paling buruk dalam sejarah.

Seorang daripada mereka berkata, kira-kria 1,000 orang kini terperangkap di dalam masjid itu yang turut digunakan untuk menyimpan 20 jenazah mereka yang terkorban pada pertempuran semalam.

Pasukan tentera yang mengepung masjid itu telah menawarkan untuk mengeluarkan kaum wanita dari masjid berkenaan dan akan menyoal siasat kaum lelaki tetapi peserta bantahan menolak tawaran itu.

Seorang wanita yang turut berada di dalam masjid berkata kedua-dua pihak saling menuduh pihak yang satu lagi memulakan tembakan.

“Pihak tentera mahu menyerbu masjid berkenaan tetapi para lelaki menghalang pintu masuk,” katanya.

Menurut pasukan keselamatan seperti laporan agensi berita MENA, pasukan mereka diserang oleh tembakan yang datangnya dari dalam kawasan masjid.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mereka yang berada di dalam masjid berkenaan tidak dapat dipastikan.

Ketegangan terbesar bermula apabila penyokong Morsi dilihat bergerak dari dalam masjid ke tengah bandaraya dalam satu bantahan di kenali dengan “Jumaat Kemarahan” diikuti oleh pertumpahan darah Rabu lepas.

Keganasan terjadi dengan pantas, dengan bunyi tembakan senjata kedengaran di sana  sini di ibu negara Mesir Kaherah.

Di Kaherah, ada kejadian seorang lelaki terpaksa melompat dari jambatan berdekatan sebuah balai polis melarikan diri dari tembakan. – AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar