Kamis, 19 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
ahli
»
parlimen
»
persoal
»
polis
»
segambut
»
tindakan
»
Ahli Parlimen Segambut Persoal Tindakan Polis


Ahli Parlimen Segambut Persoal Tindakan Polis

Apabila kematian melibatkan kes tembak semakin menjadi-jadi dewasa ini, orang ramai mula berasa resah.
Keresahan orang ramai difahami pihak berkuasa yang dilihat mula melipatgandakan usaha bagi mengatasi jenayah berkenaan. Antaranya menerusi Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) yang dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu individu atau suspek jenayah bermula tengah malam kelmarin.
Antara hasilnya, 5 lelaki disyaki ahli kongsi gelap Gang 04 maut setelah berbalas tembakan dengan polis di sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong. Siasatan mendapati suspek yang maut pernah terbabit dengan beberapa kes bunuh dan tembak di Pulau Pinang. Tiga pucuk pistol turut ditemui dan dirampas.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.45 pagi tadi juga, merupakan hasil siasatan dan intipan yang dilakukan susulan kes pembunuhan seorang peniaga barangan lusuh yang juga bekas tahanan EO, K.Veerapan, 37, di persimpangan jalan lampu isyarat di Jalan Anson pada 8 Ogos lalu.
K.Veerapan disyaki mempunyai kaitan dengan satu lagi kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang iaitu Gang 08. Selepas kes K.Veerapan terdapat beberapa lagi siri kes melibatkan tembakan senjata api dilepaskan, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa pergaduhan sesama kumpulan kongsi gelap sedang menggila.
Tidak kira sama ada mangsa tembakan adalah orang awam atau pun anggota kongsi gelap, kejadian ini menakutkan masyarakat dan mencemar nama negara. Justeru penyelesaian segera amat diperlukan.
Namun dalam pada rekod mengesahkan lelaki yang ditembak mati awal pagi tadi mempunyai rekod jenayah, berada dalam senarai dikehendaki dan mempunyai pistol bersama mereka, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan tindakan polis ini.
Alasan Lim Lip Eng yang menyifatkan tindakan pihak polis umpama gangster adalah, dia gusar jika kelima-lima suspek berkenaan bukan anggota kumpulan kongsi gelap Gang 04.
Protes itu disuarakannya menerusi status Twitter miliknya.
Apabila kes tembakan banyak berlaku, pihak berkuasa disalahkan kerana tidak berjaya memainkan peranan. Apabila kes berjaya dipatahkan dan dibanteras, pihak berkuasa tetap diselar. Anda rasa, patutkah? -REM RAMZI
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar